Accessibility Tools

Skip to main content

Kejohanan Sukan Dart Piala Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK 2019 Kukuhkan Semangat Perpaduan

KOTA BHARU 30 Mac – Kejohanan Sukan Dart Piala Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK 2019 anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Kumpulan PKINK (KSKK PKINK) dengan kerjasama Pauh Dal Kelab (PDK) telah berlangsung dengan jayanya.

Kejohanan itu melibatkan 100 regu daripada hampir seluruh negeri berjaya memupuk perpaduan dan menyemai semangat kerjasama dan kesukanan didalam diri setiap pemain selain memastikan Kejohanan Sukan Dart ini selari dengan garis panduan patuh Syariah.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Zuraidin Abdullah.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab. Aziz Yunus, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), Nik Kamil Amirah Nik Ab. Rahman , Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, Ahmad Nazri Bin Ismail dan Pengurus Dart KSKK PKINK, Phakhruddin Abdullah.

Johan dan naib johan menjadi milik pasukan daripada Tengah, Dewan Bandaraya Ipoh (DBI) A dengan membawa pulang wang tunai RM2500.00 dan piala iringan. Naib Johan menjadi milik pasukan DBI B dengan membawa pulang wang tunai RM 1000,00 dan piala iringan.

Manakala tempat ketiga bersama menjadi milik pasukan daripada Pantai Timur, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Kok Lanas Dart Club dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM500.00 dan medal.
Bagi kategori “Looser Pool” dimenangi oleh pasukan daripada KSKK PKINK dengan membawa pulang wang tunai RM400.00 dan medal. Naib Johan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kelantan dengan membawa pulang wang tunai RM200.00 dan medal. Manakala tempat ketiga Bersama pula menjadi milik pasukan Jabatan Kemajuan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) dan PRS dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM100.00 dan medal.

Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PKINk, Ahmad Nazri Ismail.