Accessibility Tools

Skip to main content

CERAMAH KEFAHAMAN UBUDIYYAH, MAS’ULIYYAH DAN ITQAN (UMI) PKINK

CERAMAH KEFAHAMAN UBUDIYYAH, MAS’ULIYYAH DAN ITQAN (UMI) PKINK
KOTA BHARU, 9 Sept– Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Ceramah Kefahaman Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK di sini hari ini.         Ceramah bertajuk ‘Maulid Ar-Rasul: Menghayati Perjuangan Nabi, Amalan Sunnah Diikuti’ telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Taufiq Tee Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK). Al-Fadhil Ustaz menyeru agar kita mengambil inisiatif untuk lebih mengenali Nabi Muhammad SAW bersempena peristiwa...

Continue reading

SYARIKAT LADANG SUNGAI TERAH SDN BHD TERIMA PENARAFAN LIMA BINTANG KUMPULAN PKINK TAHUN 2024

SYARIKAT LADANG SUNGAI TERAH SDN BHD TERIMA PENARAFAN LIMA BINTANG KUMPULAN PKINK TAHUN 2024
KOTA BHARU, 7 Sept – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Anugerah Penarafan Bintang dan Perkhidmatan Cemerlang (APC) Syarikat Anak Kumpulan PKINK 2024 di Dewan Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu hari ini. Majlis ini bertujuan bagi memberi penghargaan kepada warga Kumpulan PKINK serta Syarikat Anak Kumpulan yang telah mencapai prestasi cemerlang pada tahun 2024.    Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn. Bhd. (SLST) telah berjaya mendapat Penarafan Lima Bintang manakala Syarikat Infra Quest Sdn. Bhd. (IQSB), Kelstone Sdn. Bhd. (KSB), Kompleks...

Continue reading

PKINK NAIB JOHAN PERBARISAN TERBAIK HARI KEBANGSAAN 2025 NEGERI KELANTAN

PKINK NAIB JOHAN PERBARISAN TERBAIK HARI KEBANGSAAN 2025 NEGERI KELANTAN
KOTA BHARU, 31 Ogos - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menyertai Pertandingan Perbarisan Terbaik Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu di sini baru-baru ini. Kontinjen PKINK telah berjaya dinobat Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Sebanyak 68 kontinjen menyertai acara perbarisan melibatkan badan beruniform dan jabatan-jabatan kerajaan Negeri Kelantan. Piala Naib Johan serta Cek Cura bernilai RM1,000 telah disampaikan oleh YAB Dato' Panglima Perang Dato' Ustaz Mohd Nassuruddin bin Haji Daud,...

Continue reading

DATO' SR KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN MERASMIKAN MAJLIS PENUTUP KALAFEST INDAHNYA KELANTAN 2025

DATO
NILAI, 24 Ogos - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, YBhg. Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup KALAFest Indahnya Kelantan 2025 di Aeon Mall Nilai di sini baru-baru ini.   KALAFest merupakan salah satu program tahunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang berperanan sebagai platform pemasaran bagi usahawan-usahawan tempatan Kelantan memasarkan produk-produk ke luar negeri. Dalam ucapannya, Dato' Sr. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan menyokong dan menyarankan agar program tersebut diteruskan dan diperluaskan lagi....

Continue reading

PKINK MENYERAHKAN PIALA SUKAN MINI GEMAPUTERA KELANTAN 2025 KEPADA PKNK

PKINK MENYERAHKAN PIALA SUKAN MINI GEMAPUTERA KELANTAN 2025 KEPADA PKNK
1 Julai 2025, Gurun – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan kunjungan ke Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) bagi penyerahan Piala Sukan Mini Gemaputera Kelantan 2025, yang berlangsung di The Jerai Hill Resort, salah sebuah syarikat milik PKNK. Delegasi PKINK diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat),YBrs. Encik Ahmad Nazri Haji Ismail, bersama barisan pegawai PKINK. Ketibaan delegasi telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi PKNK, Puan Anita binti Salleh, bersama Timbalan Kelab Sukan dan Rekreasi PKNK, Tuan Syed...

Continue reading