Accessibility Tools

Skip to main content

1. Siapakah yang layak untuk menyewa makmal siber PKINK?

Makmal Siber PKINK dibuka untuk sewaan umum seperti agensi kerajaan, pihak swasta dan juga orang perseorangan yang berminat untuk mengadakan kursus samada menggunakan komputer ataupun tidak.

2. Apakah kemudahan yang disediakan untuk sewaaan makmal siber PKINK

Untuk sewaan bagi kursus yang tidak menggunakan komputer,makmal siber boleh menampung sebanyak 20 peserta dengan selesa.

Untuk kursus komputer, Makmal Siber PKINK dilengkapi dengan  20 unit Notebook dengan sistem pengoperasian Windows 11 Pro, kemudahan internet 100MB, WIFI, penggunaan LCD , sistem hawa dingin dan  ruang persegaran.

3. Bagaimanakah prosedur untuk menyewa makmal tersebut?

Untuk menyewa makmal tersebut, anda boleh menghubungi atau melawat terus ke premis sebagaimana alamat berikut;

Bahagian Digital,
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan,
Tingkat 7, Bangunan PKINK,
Jalan Tengku Maharani,
15000 KOTA BHARU.
Tel: 09-7414141
Fax:09-7414121

Atau 

Anda boleh menghubungi pegawai kami di talian 09-7414135 (En Khairie) atau 09-7414024(En Azrul) untuk membuat tempahan tarikh dll. 

Kami juga dapat dihubungi melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan salinan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it./aThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk maklumat lanjut atau sebutharga.

4. Berapakah kos sewaan yang akan dikenakan?

Bil Jumlah Unit Kadar Sewaan

1. 1 unit – 10 unit RM 50/unit/ hari

2. 11 unit – 20 unit RM 40/unit/ hari

5. Adakah dibolehkan sekiranya peserta mahu menggunakan notebook mereka sendiri?

Pihak kami tidak mempunyai apa-apa masalah sekiranya peserta mahu menggunakan notebook  sendiri.  Walaubagaimanapun peserta bertanggungjawab sepenuhnya atas keselamatan dan kerosakan peralatan tersebut sekiranya ada, semasa atau selepas penggunaan.

6.Adakah  persegaran semasa kursus dibekalkan bersekali dengan sewaan makmal siber?

Penyediaan persegaran kursus adalah berasingan dan boleh dibuat dengan menempah terus dengan kafe PKINK ataupun menggunakan khidmat katering pilihan sendiri. Pihak kami juga bersedia untuk mengurus  tempahan  menu melalui kafe PKINK bagi pihak penyewa tanpa sebarang caj tambahan.  Disarankan bayaran kepada kafe dibuat secara tunai/terus kepada kafe PKINK. Kafe PKINK boleh dihubungi melalui talian 09-7414080.