Lawatan Pemantauan Korporat Ke SPP Development Sdn Bhd
KOTA BHARU 19 Feb – Pengurusan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melakukan lawatan pemantauan korporat kedua yang dikendalikan oleh Bahagian Perancangan Korporat pada tahun ini ke SPP Development Sdn Bhd kelmarin. Lawatan ini bertujuan mendapatkan maklumat berhubung dengan prestasi semasa syarikat disamping mengeratkan lagi hubungan antara Pengurusan Perbadanan dengan syarikat anak dalam Kumpulan PKINK.
Justeru itu, sesi pembentangan berhubung profil syarikat, operasi, projek yang sedang dijalankan dan perancangan projek telah diadakan. Lawatan ke tapak projek juga turut dibuat oleh pihak Pengurusan PKINK di Kota SPP Warisan, Mukim Selehong Utara, Tumpat dan di Kota Jembal Mukim Tok Ku, Kota Bharu.
Lawatan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus turut dihadiri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P) PKINK, Mohamad Nasriff Daud, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PKINK, Ahmad Nazri Hj Ismail, Pengurus Kanan Perancangan Korporat Kumpulan PKINK, Nik Farzimar Nik Omar, Pengurus Kanan Perundangan & Integriti Kumpulan PKINK, Ahlaami Ab Halim, Pengurus Audit Dalaman Kumpulan PKINK, Asmadi Abdul Rahman, Pengurus Pengurusan Maklumat Kumpulan PKINK, Ridzuan Sidek dan Timbalan Pengurus Khidmat Teknikal Kumpulan PKINK, Wan Haidar Nik Mansor.