Accessibility Tools

Skip to main content

Lawatan Pemantauan korporat ke Binaraya PKINK Sdn Bhd

KOTA BHARU 17 Feb - *Pengurusan* Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melakukan lawatan pemantauan korporat ke Binaraya PKINK Sdn Bhd. Lawatan pemantauan korporat adalah satu platform pengurusan Perbadanan dalam menerapkan budaya perhubungan antara Pengurusan Perbadanan dengan syarikat anak dalam Kumpulan bawah PKINK.

Lawatan pemantauan korporat yang dikendalikan oleh Bahagian Perancangan Korporat telah diadakan di Binaraya PKINK Sdn Bhd. Satu sesi pembentangan oleh Syarikat telah diadakan bagi membincangkan tentang operasi, projek dan lain-lain. Lawatan ke tapak projek telah dibuat, meliputi projek-projek di 25 unit rumah kedai 2 tingkat, Taman Kurnia Jaya, Mukim Kemumin, Daerah Kemumin dan Projek Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri Kelantan di atas tanah kerajaaan Lot 1679, Seksyen 33, Mukim Badang, Jajahan Kota Bharu, Kelantan.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P) PKINK, Mohamad Nasriff Daud, Pengurus Kanan Perancangan Korporat Kumpulan PKINK, Nik Farzimar Nik Omar, Pengurus Kanan Perundangan & Integriti Kumpulan PKINK, Ahlaami Ab Halim, Pengurus Pengurusan Maklumat Kumpulan PKINK, Ridzuan Sidek, Pengurus Kewangan Kumpulan PKINK, Ahmad Faizol Ab Aziz dan Pengurus Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa Kumpulan PKINK YM Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman.