Accessibility Tools

Skip to main content

Tingkatkan Penghayatan Bulan Ramadhan di Kalangan Anggota PKINK

KOTA BHARU 15 Mei : Ramadan adalah peluang untuk mendapatkan pengampunan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Saban tahun setiap ramadan tiba, kita dapati semangat berkobar-kobar pada permulaan ramadan itu sahaja. Semua umat islam akan mudah melaksanakan ibadat sunat seperti solat terawih dan amalan-amalan sunat lain.

Di samping itu, bulan ini menjadi lebih istimewa dengan keagungan al-Quran yang diturunkan padanya, sekali gus menjadi sumber kekuatan dan panduan sepanjang zaman kepada kita semua.

Bagi meningkatkan penghayatan Ramadan di kalangan anggota, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) tidak melepaskan peluang mempertingkatkan ilmu serta kefahaman yang jelas bagi anggota PKINK tentang kebesaran bulan Ramadan.

Tazkirah sempena Program Ihya Ramadan disampaikan oleh Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, Sahibul Fadhilah Dato' Nik Abdul Kadir Nik Mohamad telah diadakan di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus.