Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan
2 Syawal 1440H/6 Jun 2019-YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK bersama isteri berkesempatan mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ust Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan yang diadakan di Kediaman beliau di Kampung Alor Pasir, Pasir Pekan, Tumpat Kelantan siang tadi.
Rumah Terbuka ini turut dihadiri oleh Ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Parlimen dan Ketua-Ketua Jabatan. Tidak ketinggalan kehadiran anak-anak Kelantan di perantauan dan penduduk tempatan yang merupakan pengunjung yang sentiasa mewarnai majlis tahunan berkenaan.
Kehadiran rakyat bukan Islam yang ramai sepertimana tahun-tahun sebelum ini menunjukkan hubungan yang harmoni, sifat toleransi dan saling hormat-menghormati antara pelbagai kaum yang telah sekian lama terjalin. Konsep sebegini juga dapat menarik rahmat dan keberkatan yang datang bersama dengan kunjungan tetamu dan jiran tetangga yang berlainan bangsa dan juga agama.