Accessibility Tools

Skip to main content

Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota Perbadanan

KOTA BHARU 21 Julai : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota Perbadanan. Majlis yang diadakan di Bilik Operasi, Bangunan PKINK bertujuan untuk meraikan persaraan dan mengenang jasa Nik Ayub Nik Him yang telah berkhidmat selama 37 tahun. Jawatan terakhir di PKINK adalah sebagai Penolong Pegawai Tadbir.

Majlis yang disambut suasana sederhana tapi penuh pengertian itu dimeriahkan dengan ucapan ringkas yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat) PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman. Di majlis tersebut juga, Nik Ayub telah menyampaikan ucapan ringkas dan mendoakan kejayaan PKINK.

Beliau juga turut berkongsi sedikit sebanyak mengenai pengalaman kerja di PKINK. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata persaraan.