Seminar Ledakan Digital Marketing
KOTA BHARU, 23 Julai- Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa Kumpulan telah menganjurkan Seminar Ledakan Digital Marketing FunnelEvo bertempat di Bilik Operasi, Tingkat 10, Bangunan PKINK.
Seminar di bawah program Latihan Keusahawanan Khas (LASAK) ini diadakan untuk membantu para usahawan Kelantan memantapkan ilmu keusahawanan dan pemasaran atas talian (digital) yang praktikal dan berkesan secara keseluruhan.
Seminar sehari ini dihadiri 50 orang peserta dan dikendalikan oleh Tuan Fahdi Ghazali dari SIFOO International Sdn Bhd, sebuah syarikat perunding perniagaan dan pemasaran yang berpengkalan di Kota Damansara, Petaling Jaya.