Accessibility Tools

Skip to main content

PKINK Sertai Perbarisan Hari Malaysia 2019

KOTA BHARU 16 Sept – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengambil bahagian dalam perbarisan sempena sambutan Hari Malaysia 2019 bertempat di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV, di sini pagi tadi.

Kontinjen PKINK seramai 24 orang bersama 62 kontinjen yang lain telah sama-sama memeriahkan Sambutan Hari Malaysia yang bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 9.30 pagi.

Majlis Sambutan Hari Malaysia ini dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha (Pengurusan) Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Tengku Azmi Tengku Jaafar yang mewakili Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus.

Sambutan Hari Malaysia 2019 ini menjadi medan terbaik untuk rakyat Malaysia menzahirkan perasaan cintakan negara serta mewujudkan suasana perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.