Accessibility Tools

Skip to main content

KPK Dan EISB Jalin Kerjasama Bangunkan Industri Perkayuan Di Kelantan

KOTA BHARU 6 Okt : Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPK) dan Era Intermerge Sdn Bhd (EISB) menandatangani perjanjian bagi pembangunan industri papan lapis di Kelantan.

Jalinan kerjasama ini adalah hasil memorandum persefahaman yang telah ditandatangani di antara KPK dan Western India Plywood Limited (WIP) pada Julai lalu.

Perjanjian terbabit telah ditandatangani oleh Ahli Lembaga Pengarah KPK, Dato’ Hassan Mohamood dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Korporat) Kumpulan PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman bagi pihak KPK bersama Dato’ Ibrahim Jaafar, Ahli Lembaga Pengarah EISB.

Turut hadir, Lembaga Pengarah KPK, Mohd Radhi Cu Abdullah dan Ahlaami Ab Halim, wakil WIP, P.K Mayan Mohamad dan T.M Bava, Pengurus Besar KPK, Nor Azuwan Saleh serta Pengurusan Kumpulan PKINK.

Melalui projek pembangunan ini, Daerah Dabong bakal menerima limpahan aktiviti ekonomi dan akan membuka peluang pekerjaan baharu kepada penduduk setempat.