ANGGOTA PKINK DAN PMBK DI TERAPKAN ILMU PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN PENGAUDITAN PEMATUHAN
KOTA BHARU – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Bahagian Audit Dalaman Kumpulan dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan dengan kerjasama Bahagian Audit Dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan Berdasarkan Pengauditan Pematuhan bertempat di Dewan 202, Kelantan Trade Centre (KTC), di sini baru-baru ini.
Kursus yang dihadiri oleh lebih 70 peserta daripada anggota Kumpulan PKINK dan PMBK ini dikendalikan oleh Pengarah Sektor Audit Kewangan, Jabatan Audit Negara Malaysia (JANM), Johari Ismail yang menekankan kaedah audit pematuhan semasa.
Kursus itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Korporat) Kumpulan PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman. Turut hadir, Pengurus Audit Dalaman Kumpulan PKINK, Asmadi Abdul Rahman dan Pengurus Kanan Audit Dalaman Kumpulan PMBK, Nik Aida Nik Mohamed.