LASAK 2.37 – BENGKEL YOUTUBER
KOTA BHARU- 8 FEBRUARI 2020 - Kesinambungan Program Latihan Keusahawanan Khas (LASAK) PKINK yang diuruskan oleh Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa PKINK diteruskan untuk tahun ketiga. Program ini membuka tirai bagi tahun 2020 dengan penganjuran LASAK 2.37 Bengkel YouTuber yang dikendalikan oleh penceramah jemputan Encik Wan Muhammad Asraff Wan Jeffery, Pengurus Eksekutif Jualan Monaliza & Mastura Enterprise Sdn Bhd.
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Muhammad Syafiq Ibrahim selaku Penolong Pengurus Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa PKINK. Program ini mendapat sambutan daripada golongan usahawan dengan jumlah penyertaan seramai 28 orang. Objektif latihan ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada peserta mengenai teknik penghasilan video, mengenali channel Youtube yang baik dan bagaimana YouTube dapat menjana dan menambah pendapatan Youtuber yang mana semua peserta diberikan sijil penyertaan mereka.
Peserta yang mengikui latihan kali ini berpeluang memanafaatkan teknologi ICT untuk penyediaan iklan dan media pemakluman yang berkesan yang memberi impak tarikan serta penyampaian yang baik kepada produk dan perkhidmatan mereka.