KULIAH PEMBUDAYAAN UMI SIRI 2/2020
KOTA BHARU, 10 Dis – Kuliah Pembudayaan Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan (UMI) Siri 2/2020 di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) hari ini disampaikan oleh Al-Fadil Ust Suratemi Bin Mat Yusof, Penolong Pengarah Kanan (Dakwah Tarbiah) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).
Kuliah yang membawa tajuk "Pengenalan kepada Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan (UMI)" turut menyentuh perkaitan prinsip-prinsip UMI dengan konsep Pengurusan Ihtirafi yang diperkenalkan oleh YAB Menteri Besar Kelantan. Al-Fadil Ustaz Suratemi turut menegaskan bahawa sikap bersatu padu dalam segala gerak kerja organisasi adalah penting sebagaimana gerak kerja antara nakhoda dan anak kapal bila berlayar.
Kuliah yang diadakan dengan kehadiran yang terhad dan dalam suasana norma baru ini turut disiarkan di atas talian melalui siaran langsung di Facebook rasmi PKINK. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz Bin Yunus; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Mohammad Nasriff Bin Daud; Pengurus-pengurus Kanan Bahagian dan Pengurus-pengurus Bahagian.