LAWATAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKINK KE KOMPLEKS MAKANAN HALAL PKINK
KOTA BHARU, 10 Dis - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Makanan Halal PKINK, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II, Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Lawatan ini bertujuan untuk memantau keadaan semasa kilang-kilang milik PKINK supaya berada dalam keadaan terbaik sebelum disewakan kepada bakal penyewa. Pemeriksaan premis yang menyeluruh sebegini adalah tanda keseriusan PKINK dalam menyampaikan khidmat terbaik dalam menyediakan platform bagi membantu para usahawan Kelantan mengembangkan perniagaan.
Turut hadir Pengurus Kewangan, En Ahmad Faizol Bin Abdul Aziz dan Pengurus Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa, YM Tuan Muhammad Faizal Bin Tuan Sulaiman.