KULIAH PENGUKUHAN PEMBUDAYAAN UMI PKINK SIRI 5 TAHUN 2021
KOTA BHARU, 18 Mac –Kuliah Pengukuhan Pembudayaan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) Kali Ke-5 bagi Tahun 2021 telah diadakan di Surau Raudhatul Iman Tingkat 5, Bangunan PKINK pada hari ini. Program bermula dengan solat sunat Dhuha berjemaah dan bacaan zikir pagi diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz bin Yunus.
Pengkuliah jemputan, Al-Fadhil Ustaz Mohd Hafiz bin Mat Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan (Dakwah & Tarbiah), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) meneruskan kupasan dari siri kuliah minggu terdahulu berkaitan hukuman qisas dalam syariah Islam. "Syariat Al-Quran adalah lebih universal (sesuai untuk alam mengikut zaman) berbanding kitab-kitab samawi yang terdahulu", Al-Fadhil Ustaz berkata.
Kuliah ini turut disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi PKINK. Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat), Haji Nik Kamil Amirah bin Nik Ab Rahman; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan), Haji Mohamad Nasriff bin Daud; Pengurus-pengurus Kanan Kumpulan dan Pengurus-pengurus Kumpulan.