EPU & ICU MEMANTAU PEMBANGUNAN DI KELANTAN
MACHANG, 23 Mac 2021 – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan menerima kunjungan dari Jabatan Perdana Menteri bagi pemantauan pembangunan Kampung Keusahawanan Berasaskan Kontena di Kawasan Kolam Air Panas Tok Bok di Pulai Chondong, Machang.
Lawatan ini melibatkan rombongan dari Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh Pengarah Ibu Pejabat ICU, IR Zainal bin Ab Rahman. Kedua-dua unit ini berperanan memantau dan memastikan aktiviti pembangunan di seluruh negara berjalan lancar.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Haji Ab Aziz bin Yunus; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan), Haji Mohamad Nasriff bin Daud; Pengarah ICU Kelantan, Encik Abd Aziz bin Simat; Timbalan Pengarah 3 (OBA) EPU, YM Engku Zakir Hussein bin Syed Abdullah; Pengurus Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa Kumpulan, YM Tuan Muhammad Faizal bin Tuan Sulaiman; Pengurus Khidmat Teknikal Kumpulan, Wan Haidar Amni binti Nik Mansor.