Accessibility Tools

Skip to main content

PKINK MENGADAKAN FORUM EKSEKUTIF SEMPENA RETREAT KUMPULAN PKINK 2025

AYER KEROH, 6 Jan - Bersempena Retreat Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Majlis Makan Malam dan Forum Eksekutif telah diadakan di Dewan Columbus, Hotel Hatten Melaka di sini semalam.

Majlis dimulakan dengan ucapan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, YBhg. Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail menyatakan hasrat yang ingin dicapai pada retreat kali ini bagi membina hubungan baik dengan jabatan ekonomi dan badan korporat di negeri lain serta pelabur yang berpotensi untuk PKINK.

Forum Eksekutif turut menjemput Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perladangan PKINK Berhad (KPPB), Pn Nazura Zakuan dan Pengurus Besar SPP Development Sdn Bhd (SPP), Haji Ramilan Abdul Rahman untuk berkongsi pengalaman dan strategi memajukan perniagaan di syarikat masing-masing.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), En Ahmad Nazri Haji Ismail; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P), Ir. Haji Hamdzah Abdul Rahman; Pengurusan PKINK serta Pengurus-pengurus Besar Syarikat Anak Kumpulan PKINK.