KUNJUNGAN HORMAT PKINK KE MCORP
AYER KEROH, 7 Jan - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (MCORP) bersempena Retreat Kumpulan PKINK di sini semalam.
Rombongan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, YBhg. Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MCORP, Datuk Mohd Yusof Abu Bakar. Kunjungan ini diadakan bagi membina hubungan baik antara PKINK dan MCORP serta membincangkan peluang-peluang kerjasama di masa akan datang.
Sebagai tanda penghargaan, YBhg. Dato' Sr. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan kepada YBhg. Dato' Ketua Pegawai Eksekutif MCORP.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), En Ahmad Nazri Haji Ismail; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P), Ir. Haji Hamdzah Abdul Rahman; Pengurusan PKINK serta Pengurus-pengurus Besar Syarikat Anak Kumpulan.