Accessibility Tools

Skip to main content

KUNJUNGAN HORMAT PKINK KE PPSPM

AYER KEROH, 7 Jan - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bersempena Retreat Kumpulan PKINK di sini semalam.

Rombongan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, YBhg. Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail telah disambut oleh Ketua Jabatan PPSPM, Tuan Shaharul Azuar Idris. Kunjungan ini diadakan bagi membina hubungan baik antara PKINK dan PPSPM serta membincangkan peluang-peluang kerjasama di masa akan datang.

Sebagai tanda penghargaan, YBhg. Dato' Sr. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan kepada Ketua Jabatan PPSPM. Turut diadakan lawatan menaiki 'river cruise' merentasi Sungai Melaka mengelilingi sekitar sebahagian bandar Ayer Keroh.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), En Ahmad Nazri Haji Ismail; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P), Ir. Haji Hamdzah Abdul Rahman; Pengurusan PKINK serta Pengurus-pengurus Besar Syarikat Anak Kumpulan.