Accessibility Tools

Skip to main content

KUNJUNGAN HORMAT PKINK KE PKNNS

SEREMBAN, 8 Jan - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) bersempena Retreat Kumpulan PKINK di Klana Resort Seremban di sini hari ini.

Rombongan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, YBhg. Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail telah disambut oleh Ketua Eksekutif PKNNS, Puan Rusmimah Mat Derus. Kunjungan ini diadakan bagi membina hubungan baik antara PKINK dan PKNNS serta membincangkan peluang-peluang kerjasama di masa akan datang.

Sebagai tanda penghargaan, YBhg. Dato' Sr. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan kepada Ketua Eksekutif PKNNS. Turut diadakan lawatan sekitar premis perkhidmatan di anak syarikat PKNNS, Klana Resort termasuk bilik, dewan dan kedai makan pengunjung.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), En Ahmad Nazri Haji Ismail; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P), Ir. Haji Hamdzah Abdul Rahman; Pengurusan PKINK serta Pengurus-pengurus Besar Syarikat Anak Kumpulan.