Accessibility Tools

Skip to main content

KUNJUNGAN HORMAT PKINK KE NRSB

SEREMBAN, 8 Jan - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke anak syarikat PKNNS, Negeri Roadstone Sdn Bhd (NRSB) bersempena Retreat Kumpulan PKINK di Kuari NRSB di sini hari ini.

Rombongan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, YBhg. Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif NRSB, Encik Muhamad Haqime Amdan. Kunjungan ini diadakan bagi membina hubungan baik antara PKINK dan NRSB serta membincangkan peluang-peluang kerjasama di masa akan datang.

Sebagai tanda penghargaan, YBhg. Dato' Sr. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan kepada Ketua Pegawai Eksekutif NRSB. Turut diadakan lawatan ke tapak kuari NRSB untuk menyaksikan proses pengkuarian batu granit sebelum dikomersialkan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), En Ahmad Nazri Haji Ismail; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P), Ir. Haji Hamdzah Abdul Rahman; Pengurusan PKINK serta Pengurus-pengurus Besar Syarikat Anak Kumpulan.