Accessibility Tools

Skip to main content

MAJLIS UCAPTAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PKINK 2025

KOTA BHARU, 5 Jan - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Ucaptama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK di Dewan Jubli Perak, MPKB-BRI di sini baru-baru ini.

Ucaptama telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, YABhg. Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail kepada seluruh anggota kumpulan menyatakan pencapaian sepanjang tahun 2024 serta hasrat dan halatuju yang ingin dicapai oleh Kumpulan PKINK bagi tahun 2025.

Turut diadakan persembahan Nasyid berduet serta persembahan Deklamasi Sajak oleh Pengurus Pengurusan Harta Kumpulan, En Zainul Amin Mat Zin yang memeriahkan lagi susana majlis.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), En Ahmad Nazri Haji Ismail; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P), Ir. Haji Hamdzah Abdul Rahman; Pengurusan PKINK serta Pengurusan Syarikat Anak Kumpulan.