Accessibility Tools

Skip to main content

PROGRAM SUKAN MUHIBBAH PKINK BERSAMA KPPB

GUA MUSANG, 13 Jan - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Program Sukan Muhibbah bersama-sama Kumpulan Perladangan Kelantan Berhad (KPPB) di Dewan Serbaguna KPPB dan Padang Bola RPT di sini baru-baru ini.  

Program tersebut melibatkan anggota PKINK dan KPPB dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan secara persahabatan. Antara acara sukan tersebut termasuklah Bola Sepak, Dart, Karom, Ping Pong dan Congkak.

Sebagai tanda penghargaan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, YABhg. Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail turut menyampaikan dua papan Karom kepada Ketua Pegawai Operasi KPPB, Puan Nazura Zakuan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), En Ahmad Nazri Haji Ismail; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P), Ir. Haji Hamdzah Abdul Rahman; Ketua Operasi Perladangan KPPB, Haji Abd Aziz Jamaluddin; Pengurusan PKINK serta Pengurusan KPPB.