PKINK TERIMA KUNJUNGAN DARIPADA EXCO KEBAJIKAN, PEMBANGUNAN KELUARGA & WANITA NEGERI KELANTAN
Kota Bharu, 17 Jun 2025 – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) hari ini menerima kunjungan Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, YB Rohani Ibrahim, bersama-sama delegasi Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) Negeri Kelantan, bertempat di Bilik Gerakan, Tingkat 11, Bangunan PKINK.
Kunjungan ini disambut oleh YABhg. Dato’ Sr Haji Zamri Haji Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, bersama-sama barisan pengurusan PKINK.
Pertemuan ini membincangkan beberapa agenda penting melibatkan pembangunan sosial dan komuniti, terutamanya kemudahan-kemudahan bagi golongan wanita serta Orang Kelainan Upaya (OKU).
Pertemuan ini mencerminkan komitmen bersama antara PKINK dan Kerajaan Negeri Kelantan dalam memperkasa pembangunan inklusif menerusi kerjasama strategik rentas agensi, khususnya dalam menyokong golongan wanita dan OKU.
Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), YBrs. Encik Ahmad Nazri Haji Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P), YBrs. Ir. Haji Hamdzah Abdul Rahman, serta Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga & Wanita (U-KeKWa), YABrs. Puan Ilvira Mohd Dasuki.