Accessibility Tools

Skip to main content

PKINK MENYERAHKAN PIALA SUKAN MINI GEMAPUTERA KELANTAN 2025 KEPADA PKNK

1 Julai 2025, Gurun – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan kunjungan ke Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) bagi penyerahan Piala Sukan Mini Gemaputera Kelantan 2025, yang berlangsung di The Jerai Hill Resort, salah sebuah syarikat milik PKNK.

Delegasi PKINK diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat),YBrs. Encik Ahmad Nazri Haji Ismail, bersama barisan pegawai PKINK.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi PKNK, Puan Anita binti Salleh, bersama Timbalan Kelab Sukan dan Rekreasi PKNK, Tuan Syed Muhammad Ezwar bin Dato’ Wira Syed Zain, serta pasukan Unit Komunikasi Korporat dan penyelaras program Sukan Mini Gemaputera PKNK.

Majlis penyerahan ini menjadi simbol hubungan erat antara PKINK dan PKNK, khususnya dalam memupuk kerjasama melalui aktiviti sukan antara agensi, yang bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan tetapi juga mengeratkan hubungan profesional antara warga kerja kedua-dua perbadanan negeri.

PKINK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PKNK atas sambutan serta komitmen sepanjang kunjungan ini.