Accessibility Tools

Skip to main content

DATO' SR KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN MERASMIKAN MAJLIS PENUTUP KALAFEST INDAHNYA KELANTAN 2025

NILAI, 24 Ogos - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, YBhg. Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup KALAFest Indahnya Kelantan 2025 di Aeon Mall Nilai di sini baru-baru ini.  

KALAFest merupakan salah satu program tahunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang berperanan sebagai platform pemasaran bagi usahawan-usahawan tempatan Kelantan memasarkan produk-produk ke luar negeri.

Dalam ucapannya, Dato' Sr. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan menyokong dan menyarankan agar program tersebut diteruskan dan diperluaskan lagi. Ini kerana program sebegini bukan hanya membantu usahawan tempatan Kelantan, bahkan ia juga memasyhurkan tema Indahnya Kelantan 2025.

Gimik perasmian telah disempurnakan oleh Dato' Sr. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan diiringi oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P), Tuan Haji Ir. Hamdzah Abdul Rahman dan Pengurus Kanan Pembangunan Usahawan & Pelaburan Kumpulan, En Ahmad Hilmi Mohd Nawawi.

Turut hadir, Pengurus-pengurus Kanan Bahagian Kumpulan, Pengurus-pengurus Bahagian Kumpulan, Pengurus-pengurus Besar Syarikat Anak Kumpulan serta Pengurusan Aeon Mall Nilai.