Accessibility Tools

Skip to main content

PKINK NAIB JOHAN PERBARISAN TERBAIK HARI KEBANGSAAN 2025 NEGERI KELANTAN

KOTA BHARU, 31 Ogos - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menyertai Pertandingan Perbarisan Terbaik Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu di sini baru-baru ini.

Kontinjen PKINK telah berjaya dinobat Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Sebanyak 68 kontinjen menyertai acara perbarisan melibatkan badan beruniform dan jabatan-jabatan kerajaan Negeri Kelantan.

Piala Naib Johan serta Cek Cura bernilai RM1,000 telah disampaikan oleh YAB Dato' Panglima Perang Dato' Ustaz Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Negeri Kelantan kepada wakil Kontinjen PKINK.