SYARIKAT LADANG SUNGAI TERAH SDN BHD TERIMA PENARAFAN LIMA BINTANG KUMPULAN PKINK TAHUN 2024
KOTA BHARU, 7 Sept – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Anugerah Penarafan Bintang dan Perkhidmatan Cemerlang (APC) Syarikat Anak Kumpulan PKINK 2024 di Dewan Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu hari ini. Majlis ini bertujuan bagi memberi penghargaan kepada warga Kumpulan PKINK serta Syarikat Anak Kumpulan yang telah mencapai prestasi cemerlang pada tahun 2024.
Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn. Bhd. (SLST) telah berjaya mendapat Penarafan Lima Bintang manakala Syarikat Infra Quest Sdn. Bhd. (IQSB), Kelstone Sdn. Bhd. (KSB), Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn. Bhd. (KPKSB) dan Permodalan Kelantan Berhad (PKB) pula mendapat Penarafan Empat Bintang bagi tahun 2024. Syarikat-syarikat yang memenangi Anugerah Penarafan Bintang kali ini masing-masing membawa pulang wang tunai, cek cura serta piala penghargaan.
Selain itu, seramai 24 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari anggota Syarikat-syarikat Anak turut diraikan dalam majlis ini dan membawa pulang wang tunai serta sijil penghargaan yang telah disampaikan oleh YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar Kelantan bersama-sama YABhg. Dato' Sr. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK.
Turut hadir Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan; Yang Berbahagia Ahli-ahli Lembaga Pengarah Kumpulan PKINK; Pengerusi-pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Anak Kumpulan PKINK; Timbalan-timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK; Pengurusan Kumpulan PKINK; Ketua-ketua Pegawai Operasi dan Pengurus-pengurus Besar Syarikat Anak Kumpulan.