CERAMAH KEFAHAMAN UBUDIYYAH, MAS’ULIYYAH DAN ITQAN (UMI) PKINK
KOTA BHARU, 9 Sept– Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Ceramah Kefahaman Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK di sini hari ini.
Ceramah bertajuk ‘Maulid Ar-Rasul: Menghayati Perjuangan Nabi, Amalan Sunnah Diikuti’ telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Taufiq Tee Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK).
Al-Fadhil Ustaz menyeru agar kita mengambil inisiatif untuk lebih mengenali Nabi Muhammad SAW bersempena peristiwa mulia Maulidur Rasul baru-baru ini. Oleh kerana, hamba Allah yang mengenal dan menyayangi peribadi Rasulullah SAW serta mencontohinya dalam hidup lebih berpeluang dikurniakan syafaatnya di akhirat kelak.
Sebagai tanda penghargaan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat), YBrs. Encik Ahmad Nazri Haji Ismail telah menyampaikan cenderahati kepada Al-Fadhil Ustaz atas kesudian menyampaikan ceramah pada hari ini.