Accessibility Tools

Skip to main content

MAJLIS SAMBUTAN HARI HUDUDULLAH

KOTA BHARU, 31 Okt – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Haji Ab Aziz Bin Yunus hadir ke Majlis Sambutan Hari Hududullah Sempena 3 Dekad Pentadbiran Negeri Kelantan Membangun Bersama Islam di Dewan Besar, Balai Islam, Kota Bharu Kelantan pada hari ini.   Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan. Di majlis ini juga turut diadakan penyampaian Kad Skuad Amru kepada Ketua-ketua Jajahan seluruh Kelantan.   ...

Continue reading

PELEPASAN KEMBARA 30 TAHUN MBI

KOTA BHARU, 29 Okt – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Tn Hj Ab Aziz Bin Yunus telah membuat pelepasan ‘flag-off’ konvoi bagi Program Kembara 30 Tahun Membangun Bersama Islam Kelantan – Terengganu anjuran Persatuan Mawaddah Kelantan (Mawaddah) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri Terengganu.   Program sepanjang dua hari ini diketuai oleh Tuan Mohd Nor Bin Tuan Yahya, Pengarah Program merangkap Setiausaha Persatuan Mawaddah Kelantan, melibatkan konvoi sebanyak 30 buah motosikal (simbolik kepada 30 tahun...

Continue reading

KLINIK ECENSUS DI PKINK

KOTA BHARU, 25 Okt – Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan (DOSM Kelantan) telah mengadakan Klinik eCensus bagi pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Klinik eCensus diadakan bertujuan untuk mendapatkan stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci. Anggota PKINK diberikan invitation code untuk membuat pengisian eCensus secara dalam talian. Puan Wan Nur Hasnarizwa Binti Wan Hasan, Penolong Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan (DOSM Kelantan) hadir mengetuai...

Continue reading

MAJLIS PERASMIAN 3 DEKAD PENTADBIRAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM KERAJAAN NEGERI KELANTAN DAN AMANAT KHAS KEPADA PENJAWAT AWAM NEGERI KELANTAN

KOTA BHARU, 25 Okt – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Bin Yunus telah menghadiri Amanat Khas YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan yang diadakan di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darul Naim sempena Majlis Perasmian 3 Dekad Pentadbiran Membangun Bersama Islam Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini. Pada tanggal 21 Oktober 2020, telah genap 3 dekad Negeri Kelantan berada di bawah pentadbiran Membangun Bersama Islam semenjak era kepimpinan Al-Marhum YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji...

Continue reading

KERAJAAN KELANTAN LANCAR APLIKASI DIGITAL KELANTAN PAY

KOTA BHARU, 15 Sept - Aplikasi digital Kelantan Pay yang berfungsi sebagai satu sistem pembayaran bersepadu secara atas talian untuk Kerajaan Negeri Kelantan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan agensi swasta dilancarkan hari ini oleh Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Bin Abdullah. Aplikasi yang dibangunkan oleh Kelantan ICT Gateway (KIGSB) syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) ini dijangka mampu menggalakkan aktiviti ekonomi negeri melalui transaksi bayaran tanpa tunai yang disediakan. Aplikasi ini...

Continue reading