PKINK DEDAHKAN ANGGOTA TENTANG KAEDAH PENGURUSAN KESELAMATAN JABATAN KERAJAAN
KOTA BHARU 10 Sept : Sebagai sebuah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri yang terlibat secara langsung dengan perancangan pembangunan dan pengurusan sumber negeri, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) terdedah dengan pelbagai ancaman keselamatan seperti espionaj, sabotaj, terorisma, gangguan golongan pelampau, penjenayah siber, dan golongan subversif.
Menyedari hakikat betapa pentingnya kesedaran dan kefahaman tentang pengurusan keselamatan perlindungan Jabatan Kerajaan, PKINK melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan telah mengambil inisiatif...