Accessibility Tools

Skip to main content

TAKLIMAT PROGRAM FOOD CUPBOARD PKINK KEPADA IMAM MASJID

KOTA BHARU, 10 Dis - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK hadir ke satu perjumpaan dan taklimat ringkas bersama imam dan wakil masjid yang menyertai Program Almari Makanan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (Food Cupboard PKINK) hari ini yang diadakan di Bilik Operasi, Bangunan PKINK. Program Food Cupboard PKINK adalah salah satu dari program tanggung jawab sosial PKINK yang diadakan bagi menyantuni masyarakat setempat. Setiap bulan masjid yang terlibat dibekalkan dengan barangan makanan asas untuk diagihkan kepada jemaah masjid yang memerlukan. Seramai 22 orang imam dan wakil...

Continue reading

KULIAH PEMBUDAYAAN UMI SIRI 2/2020

KOTA BHARU, 10 Dis – Kuliah Pembudayaan Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan (UMI) Siri 2/2020 di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) hari ini disampaikan oleh Al-Fadil Ust Suratemi Bin Mat Yusof, Penolong Pengarah Kanan (Dakwah Tarbiah) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK). Kuliah yang membawa tajuk "Pengenalan kepada Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan (UMI)" turut menyentuh perkaitan prinsip-prinsip UMI dengan konsep Pengurusan Ihtirafi yang diperkenalkan oleh YAB Menteri Besar Kelantan. Al-Fadil Ustaz Suratemi turut menegaskan bahawa sikap bersatu padu dalam segala...

Continue reading

MAJLIS MERAIKAN KHIDMAT BAKTI PERSARAAN ANGGOTA PERBADANAN

KOTA BHARU, 2 Dis - Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bersempena meraikan Pn Hawa Binti M. Saleh yang bakal bersara wajib bermula 05 Disember 2020 telah diadakan hari ini di Dewan Makan VIP, Bangunan PKINK. Beliau yang telah berkhidmat selama 35 tahun di PKINK dan menyandang jawatan terakhir sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Bahagian Teknologi Maklumat telah diraikan di majlis yang diadakan secara ringkas ini berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang masih berkuatkuasa. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan...

Continue reading

KUNJUNGAN HORMAT PKINK KE PEJABAT YDP MPKB-BRI

KOTA BHARU, 30 Sept - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Tn Hj Ab Aziz Bin Yunus mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), YM Tuan Zainal Abidin Bin Tuan Yusuf. Kunjungan ini bertujuan agar dapat mengeratkan hubungan antara jabatan serta membincangkan peluang kerjasama antara PKINK dan MPKB pada masa akan datang. Di samping itu, turut dibincangkan berkenaan perancangan dan pembangunan Bandaraya Islam, Kota Bharu agar dapat membantu memajukan lagi ekonomi Negeri...

Continue reading

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUS BANK RAKYAT CAWANGAN KOTA BHARU KE PKINK

KOTA BHARU, 29 Sept - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Haji Ab Aziz Bin Yunus menerima kunjungan hormat daripada Pengurus Cawangan Bank Rakyat Kota Bharu, Encik Ghazi Omar. Pertemuan ini bertujuan mengeratkan silaturahim di samping membincangkan kerjasama antara PKINK dan Bank Rakyat pada masa akan datang. Selain itu, turut dibincangkan bersama berkenaan kesedaran dan kemahiran serta solusi pengurusan kewangan dalam kalangan anggota PKINK sebagai persediaan mendepani cabaran pasca pandemik COVID-19.  Turut hadir Encik Rosdi Zakaria...

Continue reading