e-BAZAR RAMADAN KELANTAN
Kerajaan Negeri Kelantan telah membuat keputusan membatalkan penganjuran Bazar Ramadan pada tahun ini. Pembatalan ini menyebabkan peniaga dan penjaja kecil terkesan dan terjejas sumber pendapatan.
Menyedari kesulitan dan kesan langsung yang dialami oleh golongan peniaga, Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan mengambil inisiatif untuk mewujudkan Bazar Ramadan Atas Talian bagi membolehkan peniaga dan penjaja kecil seluruh Kelantan menjalankan perniagaan dan menjana pendapatan sempena Ramadan. Melalui platform ini, peniaga dapat memasar dan...