Accessibility Tools

Skip to main content

MAJLIS UCAPTAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PKINK 2020

KOTA BHARU, 23 Januari : Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Bin Yunus telah menyampaikan amanat tahun 2020 kepada pengurusan dan anggota Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dalam Majlis Ucaptama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK 2020 yang berlangsung di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre hari ini. Warga Kumpulan PKINK diseru supaya menghayati Strategi Lautan Hijau yang mana di dalamnya terdapat Pelan Induk Pembangunan Mampan Negeri Kelantan 2019-2023 yang menjadi rujukan dan panduan utama bagi Kumpulan PKINK dalam merangka hala tuju dan...

Continue reading

Peserta Khatan Dirai Bagai Raja Sehari

KOTA BHARU, 15 Dis : Seramai 50 orang anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan dirai bagaikan raja sehari apabila diarak membonceng motosikal berkuasa tinggi sejauh lima kilometer menuju ke Program Sunathon Amal I Kasih 2019 anjuran bersama Rantaian Kasih Malaysia Cawangan Kelantan (i-Kasih Kelantan) dan Gabungan NGO Hadapan Kelantan (GOHEKelate) dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan Kumpulan PKINK (KSKK PKINK) dan beberapa NGO yang terlibat di sini.Anak-anak turut disuap pulut semangat dan dimandikan dengan semburan air daripada jentera Bomba  dari Balai Bomba dan...

Continue reading

KIGSB Dan Symphonet Bangunkan Projek Inisiatif Digital Kelantan

KOTA BHARU 11 Dis : Kelantan ICT Gateway Sdn. Bhd. (KIGSB) sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Symphonet Sdn Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama di antara kedua-dua pihak bagi membangunkan program dan projek Inisiatif Digital Kelantan. KIGSB telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebagai agensi utama dan rakan strategik bagi pembangunan ICT negeri sekaligus bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan memantau pembangunan industri ICT di Negeri Kelantan. KIGSB juga merupakan pelaksana kepada...

Continue reading

Program BizFrancais Kelantan Bantu Memperkasa Usahawan Kelantan

PENGKALAN CHEPA, 7 Dis : Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memperhebatkan usaha bagi membantu usahawan Pantai Timur khususnya di Negeri Kelantan melalui penganjuran Program BizFrancais @ Kelantan 2019. Program yang berlangsung di Kampus UMK, Pengkalan Chepa telah dihadiri seramai 300 peserta yang terdiri daripada kalangan usahawan, bakal usahawan dan orang awam yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bidang francais. Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh...

Continue reading

PKINK Sumbang Lori Sampah Kepada MPKB-BRI

KOTA BHARU 27 Nov : Bagi merealisasikan hasrat untuk melihat Kota Bharu menjadi bandar bersih, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyumbang sebuah lori sampah jenis “halfmoon” kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) untuk kelancaran perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di bandar ini. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, menjadi tanggungjawab PKINK sebagai syarikat milik kerajaan negeri (GLC) membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempertingkat mutu perkhidmatan untuk keselesaan rakyat. “Sumbangan...

Continue reading