Accessibility Tools

Skip to main content

KUNJUNGAN HORMAT AGRO BANK

KOTA BHARU, 13 Dis - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima kunjungan hormat daripada Agro Bank di Bilik Gerakan PKINK di sini hari ini. Rombongan yang diketuai En Sirajul Yusran bin Hasan, Ketua Jabatan Perniagaan Mikro Agro Bank berhasrat melalui kunjungan ini, dapat membina hubungan yang baik serta mewujudkan peluang kerjasama di antara PKINK dan Agro Bank di masa akan datang. Sebagai tanda penghargaan, YABrs Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan kepada rombongan Agro Bank. Turut...

Continue reading

KUMPULAN PKINK TERUS CEMERLANG, SUMBANG RM0.254JUTA KE TABUNG SOLIDARITI RAKYAT PALESTIN

KOTA BHARU, 10 Dis - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi Sentuhan Abadi di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, Kota Bharu di sini hari ini.   Majlis itu bertujuan memberi penghargaan kepada mantan Pengerusi PKINK, YB Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Haji Ahmad Bin Yakob serta mantan Ahli Lembaga Pengarah PKINK yang telah berkhidmat sepanjang tahun 2013-2023. YABrs Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merakamkan sekalung penghargaan kepada seluruh warga PKINK atas kejayaan prestasi dengan keuntungan...

Continue reading

KULIAH PENGHAYATAN UMI PKINK 2023 SIRI 3

KOTA BHARU, 30 Nov - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Kuliah Penghayatan Konsep Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan (UMI) siri ketiga bagi tahun 2023 di Surau Raudhatul Iman, PKINK. Kuliah yang bertajuk 'Nikmat atau Istidraj, Bagaimana Membezakannya' telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Dr. Mohd Azhar bin Abdullah, Pengarah Institut Bahasa, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Dalam ceramahnya Ustaz Dr. Mohd Azhar menjelaskan perbezaan di antara konsep nikmat dan istidraj serta bagaimana untuk menghadapinya. Sebagai tanda...

Continue reading

LAWATAN PEMANTAUAN KORPORAT PKINK DI KEMASIN, CHERANG TULI & BUKIT BULOH

PASIR PUTEH, 23 Nov - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Lawatan Pemantauan Korporat ke tapak-tapak projek kumpulan di Bachok dan Machang baru-baru ini. Rombongan yang diketuai Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan membuat lawatan ke tapak projek Pusat Pendidiran Benih Ikan Siakap di PT92, Kg Kuala Kemasin, Bachok di bawah seliaan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad. Lawatan diakhiri di tapak Kuari Bukit Buloh, Machang. Turut hadir, Dato' Sr. Haji Zamri bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan &...

Continue reading

KULIAH PENGHAYATAN UMI PKINK 2023 SIRI 2

KOTA BHARU, 21 Sept - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Kuliah Penghayatan Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan (UMI) siri kedua bagi tahun 2023 di Surau Raudhatul Iman, PKINK. Kuliah yang bertajuk 'Beruntungnya Menjadi Umat Nabi Muhammad SAW' telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Osman bin Mat Zin, Imam Tua Masjid As-Salam Pengkalan Chepa. Dalam ceramahnya Ustaz Osman menerangkan betapa beruntungnya menjadi umat Nabi Muhammad SAW berbanding umat-umat nabi dan rasul terdahulu yang dikenakan azab serta merta atas kemungkaran yang mereka lakukan. Sebagai...

Continue reading