TAKLIMAT BERKENAAN UNSUR NADIR BUMI OLEH PUSAT SMARRT UMPSA
KOTA BHARU, 18 Sep - Sektor Sumber Asli merupakan antara sektor utama dalam perniagaan Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Semalam, PKINK telah mengadakan Taklimat Berkenaan Unsur Nadir Bumi atau Rare Earth Element (REE) di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan.
Dengan kerjasama Pusat Kelestarian Mineral dan Teknologi Pemulihan Sumber (Pusat SMaRRT) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), taklimat telah disampaikan oleh YBhg Dato' Ir. Ts. Dr. Badhrulhisham bin Abdul Aziz, Felo Perunding Utama Pusat SMaRRT...