Accessibility Tools

Skip to main content

KUNJUNGAN HORMAT ECERDC KE PKINK

KOTA BHARU,13 Okt - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Tingkat 11, Bangunan PKINK di sini baru-baru ini.   ECERDC berperanan menyelia projek-projek pembangunan ekonomi di pantai timur agar berjalan dengan lancar. Pertemuan ringkas ini bagi membincangkan peluang-peluang kerjasama yang dapat dilaksanakan bersama PKINK pada masa akan datang.   Rombongan diwakili oleh Encik Megat Shah Rizal bin Noor Ikhsan, General Manager Agribusiness...

Continue reading

SEMINAR KESEDARAN PENSIJILAN HALAL USAHAWAN KELANTAN

KOTA BHARU, 13 Okt - Pembangunan Usahawan merupakan antara teras usaha Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dalam membangunkan ekonomi Negeri Kelantan. Di bawah program Latihan Keusahawanan Khas (LASAK), PKINK telah menganjurkan Seminar Kesedaran Pensijilan Halal Kepada Usahawan di Hotel Grand Riverview di sini pada hari ini.   Program yang dihadiri 100 orang usahawan Kelantan ini hasil kerjasama di antara PKINK dan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) bagi memberi penjelasan kepentingan...

Continue reading

KPEK PKINK MERASMIKAN KURSUS PROTUNE 2022

BESUT, 25 Sep - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan telah menganjurkan Kursus Kem Keusahawanan Program Tunas Niaga (PROTUNe) 2022 pada 25-27 September 2022 di Tanjung Demong Beach Resort. Selaku jabatan utama dalam pembangunan ekonomi Negeri Kelantan, PKINK melalui program PROTUNe ini bertujuan melatih dan mengasah bakat pelajar-pelajar sekolah dalam bidang kepimpinan, perniagaan dan keusahawanan. Program tersebut melibatkan seramai 200 orang pelajar dan 80 orang guru daripada sekolah-sekolah terpilih seluruh Negeri Kelantan. Perasmian program telah disempurnakan oleh YABrs. Tuan...

Continue reading

PKINK SERTAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGERI KELANTAN 2022

KETEREH, 31 Ogos - YABrs. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Kelantan di Padang Majlis Daerah Ketereh di sini hari ini. Menyahut seruan dan semangat patriotisme, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang diwakili oleh seramai 35 orang anggota turut bersama dengan 68 jabatan lain di seluruh Negeri Kelantan telah mengambil bahagian dalam acara perbarisan tersebut. Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Haji Ahmad bin...

Continue reading

KUNJUNGAN HORMAT PKINK KE PDC

BAYAN LEPAS, 25 Ogos - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan kunjungan hormat ke Penang Development Corporation (PDC) serta lawatan ke kawasan perindustrian sekitar Bayan Lepas dan Batu Kawan baru-baru ini. PDC merupakan badan berkanun yang berperanan membangun serta memajukan ekonomi dan keusahawanan di Pulau Pinang. "Pihak PKINK amat berterima kasih atas peluang mengadakan kunjungan ini dan berharap agar pertemuan ini dapat membuka ruang & peluang untuk berkenalan serta menjalin hubungan kerjasama di antara PKINK dan PDC" kata YABrs Ketua Pegawai...

Continue reading