Accessibility Tools

Skip to main content

PKINK ANJUR KURSUS TRAINING OF TRAINERS GURU PEMBIMBING PROTUNE

PETALING JAYA – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Bahagian Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa telah mengadakan kursus Training of Trainers kepada guru pembimbing Program Tunas Niaga (PROTUNe) pada 30 Mac hingga 1 April lalu bertempat di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Selangor.   Kursus ini bertujuan untuk membimbing secara komprehensif guru-guru yang terlibat dengan program PROTUNe bagi tahun 2022 agar memberi maklumat yang lebih jelas kepada guru-guru mengenai konsep perniagaan dalam program PROTUNe.   Kursus yang...

Continue reading

TADARUS AL-QURAN PKINK RAMADAN 1443

KOTA BHARU, 3 Apr – Sempena Ihya' Ramadan 1443, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menganjurkan Program Tadarus Al-Quran anggota PKINK di Surau Raudhatul Iman, PKINK bermula hari ini. Program ringkas ini diadakan pada jam 12.45 tengah hari dengan bacaan Al-Quran oleh Qari yang dilantik, kemudian diakhiri dengan Ulasan Tajwid oleh YBrs. Al-Fadhil Ust Rusdi bin Yaacob sebelum menunaikan Solat Zuhur berjemaah.

Continue reading

CERAMAH BERSEMPENA MENYAMBUT RAMADAN 1443 (SIRI 1)  

KOTA BHARU, 30 Mac - Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menganjurkan Ceramah Bersempena Menyambut Ramadan 1443 (Siri 1) di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK semalam. Majlis ringkas ini bermula pada jam 12.30 tengah hari dan berakhir dengan solat Zuhur berjemaah melibatkan seluruh anggota PKINK.   Ceramah ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Nor Azariza bin Mohd Alawi, Ketua Whip Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Al-Fadhil Ustaz menekankan bahawa teramat rugilah bagi...

Continue reading

PROGRAM PEMANTAPAN INTEGRITI DAN PENCEGAHAN RASUAH

KOTA BHARU, 27 Mac - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan Program Pemantapan Integriti dan Pencegahan Rasuah Bersama SPRM di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 3, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan pada hari ini.   Program setengah hari ini dibahagi kepada dua (2) sesi yang melibatkan 75 orang peserta dalam kalangan anggota pengurusan PKINK, Pengurus Besar Syarikat Anak Kumpulan serta Pengarah Jabatan-jabatan Negeri yang lain. Program dimulakan dengan sesi ceramah dari pihak SPRM...

Continue reading

KAYUHAN UKHUWAH PKINK-PMINT 2022

KOTA BHARU, 26 Mac – Tahniah dan terima kasih pada semua yang menjayakan Program Kayuhan Ukhuwah PKINK-PMINT 2022 hari ini dan tentunya ia memberikan peluang ke arah kerjasama yang lebih erat di antara kedua-dua Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri pada masa-masa akan datang. Majlis pelepasan Program Kayuhan Ukhuwah PKINK-PMINT 2022 yang melibatkan peserta seramai 65 orang itu telah disempurnakan oleh YABrs Tuan Hj Abdul Aziz bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. Program tersebut turut dimeriahkan dengan penyertaan Ketua Pegawai Eksekutif...

Continue reading