PELANCARAN PeSAT DI JERAM MENGAJI AGRO RESORT
KOTA BHARU, 30 Jan – Keperluan dari aspek penembusan jalur lebar merupakan perkara asas di era Revolusi Perindustrian 4.0 kini. Oleh itu, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan kerjasama Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd (KIGSB) telah menjayakan Pelancaran Perkhidmatan Internet Satelit Luar Bandar (PeSAT) di Jeram Mengaji Agro Resort, Pasir Puteh, Kelantan hari ini.
Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan diiringi YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Dato’ Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,...