Accessibility Tools

Skip to main content

WEBINAR PEMATUHAN SYARIAH DALAM PERNIAGAAN SIRI 3

KOTA BHARU, 24 Mac – Siri Webinar Pematuhan Syariah Dalam Perniagaan diteruskan lagi dengan siri yang ketiga. Kali ini Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menjemput YBrs. Tuan Haji Mohd Nazri bin Chik, Ahli Majlis Penasihat Syariah Kumpulan PKINK bagi mengulas tajuk Riba Diperangi Allah dan Rasul. Webinar tersebut telah diadakan melalui platform Zoom Meeting bermula jam 9.00 pagi.   YBrs. Tuan Haji Mohd Nazri, yang juga merupakan Ketua Pegawai Rangkuman Kewangan Kumpulan (Group Chief Financial Inclusion Officer) Bank Islam Malaysia Berhad, menjelaskan...

Continue reading

LAWATAN TAPAK PEMBINAAN INFRASTRUKTUR KAWASAN INDUSTRI BERSEPADU BERASASKAN IBS

MACHANG, 2 Mac – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) amat komited memastikan pembangunan ekonomi negeri Kelantan bergerak dengan konsisten. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan lawatan tapak bagi tujuan Makmal Pengurusan Nilai (Value Management Lab) untuk projek Pembinaan Infrastruktur Kawasan Industri Bersepadu Berasaskan IBS (Industrialised Building System) seluas 200 Ekar di Sungai Bagan, Labok semalam.   Lawatan yang diselaraskan oleh Bahagian Khidmat Teknikal ini diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan...

Continue reading

PENARAFAN LIMA BINTANG APC 2020 DITERIMA OLEH IQSB

KOTA BHARU, 27 Februari – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Penarafan Bintang 2020 di Dewan Putri Saadong, Hotel Grand Riverview, Kota Bharu baru-baru ini. Majlis tahunan ini bertujuan bagi memberi penghargaan kepada anggota PKINK dan anggota Syarikat Anak serta Syarikat Anak yang telah mencapai prestasi yang tinggi dalam gerak kerja sepanjang tahun 2020. Dalam majlis yang penuh gilang gemilang itu, Infra Quest Sdn. Bhd. telah berjaya mendapat Penarafan Lima Bintang bagi tahun 2020. Syarikat ini berperanan...

Continue reading

WEBINAR PEMATUHAN SYARIAH DALAM PERNIAGAAN SIRI 2

KOTA BHARU, 22 Feb – Rentetan kejayaan penganjuran webinar bulan lepas, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) meneruskan lagi siri Webinar Pematuhan Syariah Dalam Perniagaan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting baru-baru ini. Webinar disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr Johari bin Mat, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Kumpulan PKINK dengan tajuk Pembangunan Ekonomi Dalam Prinsip Membangun Bersama Islam (MBI). YBhg. Dato’ Dr Johari, yang juga merupakan Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) Dato’ Bentara Setia, menjelaskan 3 Prinsip Ekonomi Islam iaitu: Hidup...

Continue reading

YAB MENTERI BESAR KELANTAN RASMIKAN PEMBUKAAN KALA SENTRAL PKINK

KOTA BHARU, 7 Feb – YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato‘ Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan telah menyempurnakan perasmian KALA Sentral bertempat di Dataran Muhammadi, Kota Bharu semalam. Majlis tersebut merupakan acara pembukaan rasmi KALA Sentral sebagai Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan Tempatan yang telah dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Bertemakan Partneur is Entrepreneur, KALA Sentral telah menjemput para usahawan tempatan untuk mengambil peluang memasarkan produk mereka di KALA Sentral yang menyediakan premis pemasaran secara...

Continue reading