Accessibility Tools

Skip to main content

LAWATAN KERJA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN KE AR-RAHN SUNGAI PETANI

SUNGAI PETANI, KEDAH – YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) hari ini mengadakan lawatan kerja ke Ar-Rahn Sungai Petani. Ar-Rahn Sungai Petani yang telah mula beroperasi pada 2008 merupakan antara pajak gadai islam yang terawal di Malaysia dan diuruskan oleh Permodalan Kelantan Berhad iaitu syarikat anak PKINK. Lawatan kerja yang bertujuan melihat lebih dekat perkembangan Ar-Rahn Cawangan Sungai Petani itu telah disambut oleh Pengurus Cawangan Ar-Rahn Sungai Petani, En. Ahmad Sufdri Saiful Amri bin Ahmad Subri dan anggota-anggotanya. ...

Continue reading

PKB METERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DENGAN UUM

SINTOK, KEDAH – YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) turut sama hadir ke Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Syarikat Anak PKINK iaitu Permodalan Kelantan Berhad (PKB) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) bertempat di UUM pada hari ini, 21 Disember 2021. Majlis yang berlangsung di Balai Tamu, Bangunan Canselori Sultan Sallehuddin, UUM itu merupakan permulaan kerjasama erat di antara PKB dan UUM di mana UUM akan menawarkan kursus jangka pendek kepada masyarakat yang berminat untuk mendalami ilmu mengenai emas dan...

Continue reading

PENYERAHAN ALMARI MAKANAN PKINK MASJID MUKIM PERINGAT

KOTA BHARU, 14 Dis – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) amat menitikberatkan kebajikan rakyat sebagai elemen utama dalam tanggungjawab sosial korporat Kumpulan. Hari ini di Masjid Mukim Peringat, PKINK telah mengadakan Program Penyerahan Almari Makanan PKINK bagi memudahkan urusan penyimpanan barangan sumbangan Food Cupboard yang diperuntukkan setiap bulan. Almari di Masjid Mukim Peringat ini merupakan salah satu daripada 23 buah almari yang diserahkan kepada 23 buah masjid yang terlibat di seluruh Kelantan. Program Food Cupboard PKINK ini merupakan satu program kebajikan...

Continue reading

PENYERAHAN JETI KG HAJI NIK MAT TUMPAT

TUMPAT, 8 Dis – Keselesaan rakyat menjadi keutamaan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri yang Merakyatkan Membangun Bersama Islam. Bagi tujuan tersebut PKINK telah menyempurnakan Penyerahan Projek Membaikpulih Jeti di Kampung Pantai Haji Nik Mat, Tumpat pada hari ini. Projek yang dilaksanakan di bawah Projek Kecil Berimpak Tinggi ‘People Centric’ ini mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan melalui peruntukan daripada dahulunya dikenali dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Malaysia. Penduduk Kampung Pantai Haji Nik Mat terasa...

Continue reading

KALA SENTRAL PUSAT PEMASARAN PMKS BUMIPUTERA

KOTA BHARU, 6 Dis – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin sempena Pembukaan KALA Sentral di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK pada hari ini. Majlis yang diadakan secara ringkas itu dipimpin oleh YBrs. Imam Masjid Muhammadi Kota Bharu, Al-Fadhil Ustaz Haji Halim bin Saari melibatkan Pengurusan PKINK serta Pengurus-pengurus Besar Syarikat Anak Kumpulan. Peluang pemasaran bagi perniagaan tempatan yang diusahakan oleh Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) amat cerah dengan dibukanya KALA Sentral ini di...

Continue reading