MAJLIS MERAIKAN KHIDMAT BAKTI TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PKINK
KOTA BHARU, 1 Dis – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Ringkas Meraikan Khidmat Bakti sempena persaraan YBrs. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat) PKINK, Haji Nik Kamil Amirah bin Nik Ab Rahman yang akan bersara wajib bermula 4 Disember 2021.
Majlis yang diadakan di Dewan Makan VIP, Tingkat 11, Bangunan PKINK itu diharapkan dapat menjadi sebahagian tanda kenangan terindah buat Tuan Haji Nik Kamil Amirah yang telah berkhidmat bersama PKINK semenjak tahun 2002.
Cenderahati persaraan telah disampaikan oleh YABrs. Ketua...