SYARIKAT LADANG SUNGAI TERAH SDN BHD TERIMA PENARAFAN LIMA BINTANG BAGI TAHUN 2019
KOTA BHARU, 6 April – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Anugerah Penarafan Bintang dan Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 di Bilik Operasi, Tingkat 10, Bangunan PKINK. Majlis ini dengan tujuan bagi memberi penghargaan kepada anggota PKINK dan anggota Syarikat Anak serta Syarikat Anak PKINK yang telah mencapai prestasi yang tinggi dalam gerak kerja sepanjang tahun 2019.
Majlis yang pada asalnya dirancang diadakan pada tahun lepas telah ditangguhkan beberapa kali berikutan kekangan pandemik COVID-19. Walaupun begitu, bagi menghargai kecemerlangan...