Accessibility Tools

Skip to main content

KULIAH PEMBUDAYAAN UMI PKINK SIRI 3 TAHUN 2021

KOTA BHARU, 4 Mac – Kuliah Pembudayaan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) telah diadakan di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) pada hari ini. Kuliah tersebut telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Suratemi bin Mat Yusof, Pegawai Agama Jajahan Bachok. Al-Fadhil Ustaz mengupas kitab Ar-Raheeq Al-Makhtum dan menekankan kepentingan untuk mempelajari sejarah. “Penting bagi umat Islam mempelajari Sirah Nabawiyyah (Sejarah Nabi) dan mencontohi tauladan yang mulia iaitu Nabi Muhammad SAW agar segala amalan yang dilakukan itu benar dan...

Continue reading

USAHAWAN KELANTAN TERIMA BANTUAN NIAGA PKINK

KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) terus komited dalam melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) terutamanya membantu peniaga kecil dan sederhana meneruskan dan meningkatkan perniagaan mereka serta menyokong pertumbuhan dalam keadaan ekonomi semasa.   Bantuan itu membabitkan peralatan dan keperluan perniagaan seperti peti sejuk beku, mesin jahit, peralatan fertigasi dan lain-lain peralatan.   Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, sejak sekian lama, PKINK melaksanakan pelbagai program CSR menerusi...

Continue reading

KUNJUNGAN HORMAT KPEK KE PEJABAT KETUA JAJAHAN TUMPAT

TUMPAT, 1 Mac - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz bin Yunus hadir ke Pejabat Ketua Jajahan Tumpat dalam satu sesi kunjungan hormat ke atas Ketua Jajahan Tumpat yang diadakan pada pagi ini. Dalam pertemuan ini, Haji Ab Aziz mewakili PKINK menzahirkan ucapan tahniah di atas perlantikan Tuan Haji Rusydee bin Abdullah sebagai Ketua Jajahan Tumpat yang baharu. Selain itu, kunjungan hormat ini turut bertujuan untuk berbincang dan berkongsi buah fikiran bagi memajukan Jajahan Tumpat serta merangka kerjasama antara PKINK dan Jajahan Tumpat pada masa akan datang.

Continue reading

KULIAH PEMBUDAYAAN UMI SIRI 2, 2021

KOTA BHARU, 25 Feb – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Kuliah Pembudayaan UMI Siri Ke-2 bagi tahun 2021 di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK pada hari ini. Kuliah ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Saibon Bin Ismail, Pegawai Agama Jajahan Kuala Krai. “Sehebat mana perancangan manusia tidak sesekali boleh menembusi takdir Allah SWT”, Al-Fadhil Ustaz berkata sambil menerangkan kepentingan prinsip Ubudiyyah dalam pentadbiran. Teras utama prinsip Ubudiyyah adalah mengenali Allah SWT melalui sifat-sifat dan ciptaanNya. Kuliah ini turut...

Continue reading