PROGRAM TAZKIRAH, SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN BERSAMA TIMBALAN MUFTI KELANTAN
KOTA BHARU, 11 Jan – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Program Tazkirah, Solat Hajat Dan Bacaan Yasin Anggota-anggota Kumpulan Pengurusan & Profesional PKINK bersama YB Sahibul Fadhilah Dato’ Haji Nik Abdul Kadir Bin Haji Nik Mohamad, Timbalan Mufti Negeri Kelantan sempena tahun baharu 2021 pada hari ini.
Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas mengupas intipati dan hikmah yang terdapat pada surah Yasin. Sesungguhnya terdapat banyak keberkatan di dalam surah ini. YB SF Dato’ berpesan bahawasanya surah ini turut menegaskan larangan membenarkan...