Accessibility Tools

Skip to main content

Taklimat Perlaksanaan Program Tunas Niaga (PROTUNE) 2020

KOTA BHARU : Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menganjurkan satu program Taklimat Perlaksanaan Program Tunas Niaga (PROTUNE) Tahun 2020 kepada pengetua-pengetua dan guru-guru pembimbing PROTUNE . Taklimat ini telah diadakan di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu pada 14 November lalu. Program PROTUNE yang bakal dilaksanakan pada tahun hadapan akan melibatkan 40 buah sekolah yang terdiri daripada 19 buah sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) dan 21 buah sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK). Taklimat ini...

Continue reading

2 Pegawai PKINK Antara 623 Penerima Pingat Kelantan

KOTA BHARU - 2 orang pegawai daripada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang merupakan antara 623 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V ke-50, di Istana Balai Besar pada 11 November lalu. Dalam istiadat tersebut, Pengurus Kanan Perancangan Korporat Kumpulan, Nik Farzimar Nik Omar dikurniakan Darjah Kebesaran Bentara Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (B.S.K.) manakala Timbalan Pengurus Bahagian Audit Dalaman Kumpulan, Zainul Amin Mat Zin pula dianugerahkan Darjah Kebesaran Ahli Setia Mahkota...

Continue reading

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Menerima Kunjungan Hormat PNS

KOTA BHARU 7 Nov : Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Yunus menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Nasional Berhad (PNS) di Bilik Mesyuarat Lembaga Tingkat 11, Bangunan PKINK di sini, hari ini. Kunjungan yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Perniagaan Francais, Fauzi Awang itu adalah bertujuan untuk merealisasikan jalinan hubungan strategik antara PNS dengan PKINK bagi bersama-sama membantu membangunkan usahawan-usahawan Kelantan. Pada pertemuan itu juga, PNS menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan PKINK secara khusus...

Continue reading

PKINK Bina Kios Bantu Jana Ekonomi Masjid

KOTA BHARU 5 Nov : Masjid adalah rumah ibadah umat Islam mengerjakan solat dan menjadi tempat berlangsungnya majlis ilmu serta pusat aktiviti sosial umat Islam. Masjid juga sebagai sebuah institusi ibadah yang berkembang sejajar dengan arus perkembangan zaman dan memainkan peranan di dalam kehidupan masyarakat Islam sebagai sebuah institusi membina kemajuan ummah. Menyedari hakikat itu, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai badan penggerak pembangunan ummah telah membina 6 unit kios usahawan bernilai RM200,000 di perkarangan Masjid Sultan Ahmad (Masjid Keputeraan)...

Continue reading

PKINK Sertai Lafaz Ikrar Integriti MEA

PUTRAJAYA : Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat) PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab. Aziz Yunus menghadiri sambutan Hari Integriti peringkat Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) yang diadakan di Auditorium Blok B1, Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, di sini pada 31 Oktober lalu. Kumpulan PKINK turut diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan Dan Pembangunan) Kumpulan, Mohamad Nasrif Daud dan Pengurus Kanan Perundangan dan Integriti Kumpulan, Ahlaami Ab Halim. Majlis Perasmian telah...

Continue reading