Accessibility Tools

Skip to main content

PKINK Sertai Perbarisan Hari Kebangsaan ke 62

TANAH MERAH 31 Ogos : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mengambil bahagian dalam perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke 62 peringkat negeri yang diadakan di Padang Majlis Daerah Tanah Merah, disini pagi tadi. Kontinjen PKINK seramai 32 orang bersama 62 kontinjen yang lain telah sama-sama memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan yang bermula jam 7:00 pagi dan berakhir jam 10:30 pagi. Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ini dirasmikan oleh YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan. Dato’ Ahmad ketika berucap berkata, nikmat kemerdekaan yang dikecapi hendaklah...

Continue reading

Sambutan Hari Keluarga PKINK Eratkan Silaturrahim

KUALA TERENGGANU: Program Hari Keluarga PKINK 2019 menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan serta mengukuhkan ukhwah sesama keluarga anggota dan anggota Perbadanan. Kira-kira 400 anggota PKINK dan ahli keluarga masing-masing turut serta memeriahkan Hari Keluarga yang telah diadakan di Primula Beach Hotel pada 22 hingga 24 Ogos lalu. Acara dwitahunan yang bertemakan "Kami Keluarga PKINK" ini dijalankan secara santai dan meriah dengan pelbagai aktiviti yang telah diatur. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus ketika menyampaikan ucapan berkata, program ini...

Continue reading

Mini Gemaputra Sukan Traditional Pulau Pinang 2019

Mini Gemaputera Sukan Tradisional Pulau Pinang 2019 telah dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) pada 26 – 28 Julai 2019. Antara lokasi yang terlibat bagi kejohanan ini adalah di Aras 3, Komtar dan Arena Sukan Azman Hashim, USM Pulau Pinang. Kejohanan pada kali ini telah disertai lebih 400 peserta dari Gabungan Agensi-Agensi Amanah Bumiputera & Perusahaan-Perusahaan Awam Malaysia termasuk 10 Perbadanan Kemajuan Negeri Semenanjung. Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan turut tidak ketinggalan menghantar peserta untuk menyertai kejohanan ini. Majlis Perasmian...

Continue reading

Seminar Ledakan Digital Marketing

KOTA BHARU, 23 Julai- Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa Kumpulan telah menganjurkan Seminar Ledakan Digital Marketing FunnelEvo bertempat di Bilik Operasi, Tingkat 10, Bangunan PKINK. Seminar di bawah program Latihan Keusahawanan Khas (LASAK) ini diadakan untuk membantu para usahawan Kelantan memantapkan ilmu keusahawanan dan pemasaran atas talian (digital) yang praktikal dan berkesan secara keseluruhan. Seminar sehari ini dihadiri 50 orang peserta dan dikendalikan oleh Tuan Fahdi Ghazali dari SIFOO...

Continue reading

Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota Perbadanan

KOTA BHARU 21 Julai : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota Perbadanan. Majlis yang diadakan di Bilik Operasi, Bangunan PKINK bertujuan untuk meraikan persaraan dan mengenang jasa Nik Ayub Nik Him yang telah berkhidmat selama 37 tahun. Jawatan terakhir di PKINK adalah sebagai Penolong Pegawai Tadbir. Majlis yang disambut suasana sederhana tapi penuh pengertian itu dimeriahkan dengan ucapan ringkas yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat) PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman. Di...

Continue reading