Accessibility Tools

Skip to main content

PELANCARAN EKSA 2022 DAN GOTONG ROYONG PKINK

KOTA BHARU, 20 Ogos - Bagi menyahut seruan Kerajaan Negeri Kelantan dalam menaiktaraf kualiti perkhidmatan awam, Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah disambut baik oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).   YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus telah menyempurnakan Majlis Pelancaran dan Gotong Royong bagi Pelaksanaan EKSA di PKINK bagi tahun 2022 di Perkarangan Bangunan PKINK di sini pada hari ini.   "Kebersihan dan kekemasan premis pejabat melambangkan kualiti dan kesungguhan kita dalam...

Continue reading

KUNJUNGAN HORMAT HRD CORP KE PKINK

KOTA BHARU, 16 Ogos - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) di Bilik Mesyuarat Utama PKINK di sini semalam.   HRD Corp merupakan suatu badan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang berperanan melaksanakan program-program pembangunan dan latihan kemahiran untuk tenaga kerja seluruh Malaysia.   Rombongan yang diketuai oleh Puan Wan Yon Shahima binti Wan Othman, Head of Department HRD Corp HQ membincangkan peluang-peluang program dan latihan yang dapat diadakan...

Continue reading

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MIDA KELANTAN KE PKINK

KOTA BHARU, 15 Ogos - YABRs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz Yunus telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah MIDA Kelantan di Bilik Gerakan PKINK di sini semalam.   Pertemuan ringkas ini adalah lawatan pertama En Wan Mohd Supian Wan Deris, Pengarah MIDA yang baru memulakan tugas di Kelantan berkuatkuasa 14 Ogos 2022. Turut dibincangkan peluang-peluang pelaburan yang dapat dilaksanakan bersama PKINK pada masa akan datang.   Sebagai tanda penghargaan, Tuan Haji Ab Aziz menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan kepada seluruh...

Continue reading

KUNJUNGAN HORMAT SPRM KE PKINK

KOTA BHARU, 14 Ogos - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Bilik Gerakan PKINK di sini pada hari ini. Pertemuan ringkas tersebut bertujuan bagi membincangkan program-program penerangan pencegahan rasuah yang dapat dilaksanakan untuk anggota PKINK pada masa akan datang.   Sebagai tanda penghargaan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK) PKINK, En Hishamuddin Hussein menyampaikan cenderahati kenang-kenangan dalam sesi pertukaran cenderahati bersama Timbalan...

Continue reading

MAJLIS SAMBUTAN HARI HUDUDULLAH 2022

KOTA BHARU, 3 Ogos – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Kelantan 1444H/2022M di Dewan Besar, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang di sini semalam. Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) ini merupakan program tahunan yang bertujuan memberi pendedahan dan penerangan berhubung Rang Undang-Undang (RUU) 355 kepada masyarakat. Turut diadakan Demonstrasi Sebatan menurut Hukuman Syariah dan Sivil serta Forum bertajuk "Undang-Undang Islam: Keliru & Celaru" bersama...

Continue reading