Accessibility Tools

Skip to main content

MAJLIS PELANCARAN BULAN WAKAF MAIK

KOTA BHARU, 27 Jun - YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus telah menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Wakaf anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang hari ini.   Titah Perasmian serta Gimik Pelancaran Bulan Wakaf telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, selaku Yang Dipertua MAIK.   Majlis tersebut turut mengadakan Sesi Tandatangan Perjanjian Usahasama di...

Continue reading

KUNJUNGAN HORMAT PKENPs KE PKINK

KOTA BHARU, 26 Jun - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) di Dewan Makan VIP, PKINK semalam.   Majlis ringkas itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara dua agensi pembangunan ekonomi negeri selain turut berkongsi peluang-peluang kerjasama di antara PKINK dan PKENPs di masa akan datang. Taklimat ringkas berkenaan PKINK telah disampaikan oleh YBrs Pengurus Kanan Perancangan Korporat Kumpulan, Pn Hajah Nik Farzimar Nik Omar.   YABrs. Ketua Pegawai...

Continue reading

MALAM APRESIASI KUMPULAN PKINK & PIDATO EKONOMI SUNNAH "PENGGERAK PEMBANGUNAN UMMAH"

KOTA BHARU, 19 Jun – Alhamdulillah, syukur kepada Allah dan terima kasih kepada semua. Bersempena dengan kejayaan yang telah dicapai, PKINK telah menganjurkan Malam Apresiasi Kumpulan PKINK & Pidato Ekonomi Sunnah "Penggerak Pembangunan Ummah" di Grand Ballroom, Tingkat 6, The Grand Renai Hotel semalam.   Majlis yang dihadiri oleh pimpinan Kerajaan Negeri, Jabatan Kerajaan Negeri, Syarikat Anak dan anggota PKINK itu menyaksikan penyampaian cek dividen berjumlah RM10 juta daripada Permodalan Kelantan Berhad (PKB) dan RM2 juta daripada Kumpulan Perladangan PKINK Berhad (KPPB)...

Continue reading

WEBINAR PEMATUHAN SYARIAH DALAM PERNIAGAAN SIRI 4

KOTA BHARU, 16 Jun – Siri Keempat Webinar Pematuhan Syariah Dalam Perniagaan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah diadakan pada hari ini. PKINK kali ini menjemput YBrs. Prof. Dr. Ashraf Md Hashim, Ahli Majlis Penasihat Syariah Kumpulan bagi mengulas tajuk Urusan Saham Mengikut Perspektif Islam. YBrs. Prof. Dr. Ashraf Md Hashim, yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif ISRA Consulting, telah menerangkan tentang kepentingan Ad-Dain (Obligasi Kewangan) yang merangkumi Hutang; Sewa; Gaji/ Upah; Akad Pertukaran Persyarikatan; Rosak/Penipuan; Pesaka; dan Nafkah. Webinar...

Continue reading

PKINK SUMBANGKAN 1,000 PASANG KASUT KEPADA YIK

KOTA BHARU, 30 Mei - Kebajikan anak didik di sekolah juga menjadi sebahagian tumpuan Tanggungjawab Sosial Korporat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. Baru-baru ini, PKINK telah menyumbangkan sejumlah 1,000 pasang kasut hitam kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar asnaf yang menuntut pelajaran di sekolah-sekolah YIK. Sumbangan telah disampaikan melalui Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan (KSKK) PKINK dan gimik disempurnakan oleh YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Haji Ab Aziz Yunus kepada YBrs. Timbalan Pengarah (Pengurusan) YIK, Haji...

Continue reading